Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 15 Syaaban . Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a :
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri." Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah datang kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT dengan baik & sempurna & seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban :1. Selepas solat Maghrib (15 Sya'aban, Isnin malam), solat sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat : -
Rakaat 1 : Baca Surah Al-Fateha & Surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : Baca Surah Al-Fateha & Surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Isnin malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada ALLAH s.w.t
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada ALLAH s.w.t
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman & Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca : Istighfar 11x, Selawat 11x dan baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani R.A. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah : 1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban : 1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka ALLAH s.w.t haramkan tubuhnya dari api neraka & dia akan menjadi teman kepada Nabi ALLAH s.w.t Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad (SAW) : Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, ALLAH s.w.t turun ke langit dunia lalu berfirman : "Adakah orang-orang yang meminta maka Aku Perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku Ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku Terima taubatnya & diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya."
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibu bapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka / berdosa dengan ibubapa kita.
Semoga dengan mengenali apa itu Nisfu Syaaban kita lebih mendekatkan diri kepada Allah Subhanawatala. Dan tidak lupa untuk segera mengamalkannya.. Amin ya Allah Amin..
makasih buat artikelnya